Januari 01, 2012

Perkataan Aras Tinggi



Assalamualaikum :)

OK,hari ini aku nak buat pasal Perkataan Aras Tinggi.OK,perkataan ini banyak membantu kita terutamanya ketika kita hendak membina sesuatu karangan yang cemerlang.Karangan yang cemerlang mengandungi perkataan aras tinggi,peribahasa dan lain-lain lagi.OK,ni ada beberapa contoh perkataan aras tinggi.

- interpretasi : tafsiran
- mendepangi : menghadapi
- revolusi : perubahan secara cepat dan meluas
- sejagat : seluruh dunia
- bertunjangkan : berdasarkan
- globalisasi : mengenai dunia seluruhnya
- marcapada : dunia sekarang ini
- dangkal : cetek, sedikit
- mapan : mantap, tidak berubah-ubah
- propoganda : pendapat yang dihebahkan untuk mempengaruhi orang ramai
- dinobatkan : ditabalkan
- mangkin : faktor yang mempercepat berlakunya sesuatu perkembangan
- dana : kumpulan wang untuk sesuatu kegunaan
- memantau : melihat
- merintis : membuka jalan, mempelopori
- memacu : menggesa supaya bergerak pantas
- menelusuri : menjejaki
- siratan : sesuatu yang tersembunyi
- terampil : cekap
- diperlekeh : dipermudah
- meritokrasi : sistem sosial yang menyanjung kedudukan seseorang kerana kebolehannya
- merit : sifat / kualiti yang layak mendapat
- mandiri : berdiri sendiri
- aktivis : orang yang melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan atau perjuangan secara aktif dan agresif
- pugut : vandalisme
- pincang : ada kekurangannya
- mukadimah : permulaan kata
- fatan : cerdik / pandai
- arbitrari : tidak berasaskan pemikiran
- afiliasi : pertalian
- prolifik : banyak menghasilkan karya
- lampas : halus / lepas mulut
- menyingkap : membongkar / mendedahkan
- kebejatan : kerosakan / keburukan
- tempias : percikan / arus
- kancah : medan / gelanggang
- melestarikan : mengekalkan
- gimik : sesuatu yang digunakan untuk menarik perhatian umum
- malap : pudar / muram
- alaf : seribu tahun
- alpa : lalai / leka
- stereotaip : tidak asli
- menerajui : memimpin / mengetuai
- badai : kekacauan
- sekelumit : sedikit
- meluputkan : menghilangkan
- kepompong : ruang lingkup / sarung
- tersohor : termasyhur
- intiha : akhir / penutup
- berganjak : beralih
- bukti yang konklusif : bukti yang kukuh
- memanifestasikan fikiran : menggunakan idea dengan sebaik-baiknya
- jika ditelusuri : jika dikaji secara mendalam
- alaf baharu : masa terkini
- mutakhir ini : pada masa kini
- landasan berfikir : cara berfikir
- masyarakat konvensional : masyarakat umum/biasa
- mengaibkan diri : memalukan diri
- inteligensia : kumpulan manusia yang bijak
- anjakan paradigma : perubahan demi kemajuan atau kebaikan
- prakarsa : inisiatif/daya usaha
- mendabik dada : kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan
- masih bermain dengan fantasi : berkhayal / tidak berfikiran matan
- seantero dunia : seluruh dunia
- di persada antarabangsa : pada peringkat antarabangsa/global
- meluaskan horizon pemikiran : meluaskan pandangan / pemikiran
- menikam sanubari : menusuk perasaan / menjadikan perasaan benar-benar terasa
- integrasi kaum : perhubungan kaum
- menukilkan kata-kata : menyampaikan pendapat/ menulis sesuatu/ menyatakan sesuatu


Lihat,banyakkan perkataan aras tinggi.Perkataan ini boleh membantu anda semua untuk menghasilkan karangan yang cemerlang.

Aku banyak mimpi.

Disember 23, 2011

Dinamik



Assalamualaikum :)

Hoho,lapar gila hari ni.Nak-nak hujan pulak.OK,hari ni aku ajar korang pasal DINAMIK.OK,banyak gila pasal dinamik ni.Kalau google-it,perghhh,banyak sangat nak pilih.

Dinamik ialah ekspresi yang berkaitan dengan sifat kekuatan atau kelembutan bunyi muzik dihasilkan.



OK,aku tahu aku tak berapa arif sangat.Tapi,yang ni aku ada belajar sikit-sikit.Nak tahu lebih lanjut,goole-it OK.Assalamualaikum :)

Tadi Khairie IM aku.Dia bagitahu result dia.HOHO.



Disember 20, 2011

I MISS YOU

Assalamualaikum :)

HOHOHO.Aku dah dapat bukak balik blog aku ni.Baby,I miss you.Huhu.K,gelak yang sangat sangat gedik.
Serious,dah berbulan-bulan aku tak bukak blog ni.Asal bukak,gerenti dia kata blog aku dah kena malware.So,dah bersarang la blog aku ni.Penat aku bersihkan sawang-sawang ini.Sampai la aku buat blog baru aku yang bernama //Imperfection.So,aku ada 2 blog.HOHO,aku telah mencurangi mu //Truly Truly Hearts.Kamu telah mempunyai madu yang sungguh manis.

Now,aku tengah pening nak buat apa dengan blog ini.Hei,nampak tak aku berubah dari segi penulisan aku?Aku dah tak pakai ayat pendek-pendek ini lagi.Aku nak ayat panjang-panjang sebab aku nak biasakan diri aku bila PMR nanti.HOHO,//Truly Truly Hearts,//Imperfection telah mengajar aku untuk menulis panjang-panjang begini.Sungguh baik hati madu kamu ini.OK,lari tajuk buat seketika.And now,aku dah ada idea nak buat apa dengan blog ini.Blog ini boleh aku buat untuk aku berbicara perihal pelajaran dan sudah tentunya MUZIK.Itu sudah semestinya.//Truly Truly Hearts sayangku,aku tidak menjadi kan kamu seperti peribahasa sebegini,"Habis madu,sepah dibuang".Tidak sebegitu,sayangku.Kamu juga ada faedahnya.



//Imperfection sudah semestinya menjadi diari bagi aku.Maklumlah,kalau aku ada diari menggunakan mata pena,aku tidak akan selalu mengemaskininya.Menggunakan papan kekunci lebih sesuai bagi aku.Lihat,aku sudah menggunakan Bahasa Melayu Baku.HOHO.Perut sudah berbunyi~~.Aku sungguh kesian dengan Kiah.Ada seorang kakak ini mengatakan bahawa dia telah mengutuknya di blog Kiah.HOHO,kakak Momok(bukan nama sebenar),kenapa kakak terlebih mempunyai perasaan sakit hati?Dan kakak Momok telah mempunyai kesalahan tatabahasa.Anda tidak percaya?Saksikanlah,Momok.Nampak tidak dia menaip MUNAFIK?Kalau aku diberi peluang untuk menemu ramah Momok,aku ingin bertanya kepada dia,apakah itu MUNAFIK?HOHO,Momok,sepatutnya kau tulis HIPOKRIT,bukan MUNAFIK.Ya,maksudnya sama,tetapi kepada sesiapa yang kita MUNAFIK dan HIPOKRIT itu sangat la berbeza.Bagai Twisties dengan Super Ring.

MUNAFIK.Munafik adalah seseorang yang pura-pura meriman kepada Allah dan Rasulnya.tetapi mereka kafir serta ingkar terhadap Allah dan Rasulnya.HIPOKRIT pula bermaksud depan orang cakap lain,belakang orang cakap lain.Huh,lain kali nak update status dekat FB pon,sila kenal pasti ayat anda.

HOHO,banyak aku mengarut kat dalam blog ini kan?Biasalah,melepas kan kemerepekan aku dekat dalam blog ini.Hewhew,selamat pagi semua ya.Jam sudah berdetik tepat angka 12 tengah malam.Adios,senorita.Assalamualaikum :)