Assalamualaikum :)
HOHOHO.Aku dah dapat bukak balik blog aku ni.Baby,I miss you.Huhu.K,gelak yang sangat sangat gedik.
Serious,dah berbulan-bulan aku tak bukak blog ni.Asal bukak,gerenti dia kata blog aku dah kena malware.So,dah bersarang la blog aku ni.Penat aku bersihkan sawang-sawang ini.Sampai la aku buat blog baru aku yang bernama //Imperfection.So,aku ada 2 blog.HOHO,aku telah mencurangi mu //Truly Truly Hearts.Kamu telah mempunyai madu yang sungguh manis.
Now,aku tengah pening nak buat apa dengan blog ini.Hei,nampak tak aku berubah dari segi penulisan aku?Aku dah tak pakai ayat pendek-pendek ini lagi.Aku nak ayat panjang-panjang sebab aku nak biasakan diri aku bila PMR nanti.HOHO,//Truly Truly Hearts,//Imperfection telah mengajar aku untuk menulis panjang-panjang begini.Sungguh baik hati madu kamu ini.OK,lari tajuk buat seketika.And now,aku dah ada idea nak buat apa dengan blog ini.Blog ini boleh aku buat untuk aku berbicara perihal pelajaran dan sudah tentunya MUZIK.Itu sudah semestinya.//Truly Truly Hearts sayangku,aku tidak menjadi kan kamu seperti peribahasa sebegini,"Habis madu,sepah dibuang".Tidak sebegitu,sayangku.Kamu juga ada faedahnya.
//Imperfection sudah semestinya menjadi diari bagi aku.Maklumlah,kalau aku ada diari menggunakan mata pena,aku tidak akan selalu mengemaskininya.Menggunakan papan kekunci lebih sesuai bagi aku.Lihat,aku sudah menggunakan Bahasa Melayu Baku.HOHO.Perut sudah berbunyi~~.Aku sungguh kesian dengan Kiah.Ada seorang kakak ini mengatakan bahawa dia telah mengutuknya di blog Kiah.HOHO,kakak Momok(bukan nama sebenar),kenapa kakak terlebih mempunyai perasaan sakit hati?Dan kakak Momok telah mempunyai kesalahan tatabahasa.Anda tidak percaya?Saksikanlah,Momok.Nampak tidak dia menaip MUNAFIK?Kalau aku diberi peluang untuk menemu ramah Momok,aku ingin bertanya kepada dia,apakah itu MUNAFIK?HOHO,Momok,sepatutnya kau tulis HIPOKRIT,bukan MUNAFIK.Ya,maksudnya sama,tetapi kepada sesiapa yang kita MUNAFIK dan HIPOKRIT itu sangat la berbeza.Bagai Twisties dengan Super Ring.
MUNAFIK.Munafik adalah seseorang yang pura-pura meriman kepada Allah dan Rasulnya.tetapi mereka kafir serta ingkar terhadap Allah dan Rasulnya.HIPOKRIT pula bermaksud depan orang cakap lain,belakang orang cakap lain.Huh,lain kali nak update status dekat FB pon,sila kenal pasti ayat anda.
HOHO,banyak aku mengarut kat dalam blog ini kan?Biasalah,melepas kan kemerepekan aku dekat dalam blog ini.Hewhew,selamat pagi semua ya.Jam sudah berdetik tepat angka 12 tengah malam.Adios,senorita.Assalamualaikum :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.